HARIMAU MALAYA

Published in: Labels:


Segulung tahniah kepada pasukan bolak sepak MALAYSIA untuk AFF suzuki cup 2010
tempoh hari. Dan yang terbaru ini Malaysia telah menang dalam pelawanan
persahabatan dengan Hong Kong 2-0.
taniah sekali lagi untuk pasukan bolak sepak Malaysia!
Juara Gergasi asia tenggara!

Dan tidak dilupakan kepada menyokong setia MALAYSIA
iaitu ULTARS MALAYA. Yang telah memberi sokongan tanpa henti
kepada pasukan bola sepak Malaysia! teruskan perjuangan mu!
Dan if korang nak join ULTRAS MALAYA ni korang boleh pergi ker
website diorang terus www.ultrasmalay.net
sign up lah jadi member dan supporter tuk team MALAYSIA! ok!?

p/s : harap bola sepak kita terus berkembang maju, jangan jadi macam dulu-dulu penuh rasuah! bersama-sama hapuskan rasuah!

Read More...

Asalamuaikum, salam sejahtera and salam satu MALAYSIA
(huh dah mcm dengan orang baca berita kat nasiaonal.fm pulak)

Pada satu malam aku tengah bosan-bosan surf internet ni layan lah youtube, so nak pendek kan citer lah aku tertengok satu iklan ni, iklan ni aku rasa dah lama kot, rasanya ada antara korang dah tgk..aku jer yang tak updated kot..hehhee
tapi walau apa pun aku tak kira aku nak post jugak kat blog aku ni...
Ia mengisah kan rakyat Malaysia yang berbilang kaum duduk satu rumpun,
dah menjalani kehidupan dengan aman. Macam uh lah.
So pada siapa yang belum tgk lagi iklan ni tengok lah,jangan memalu pulak ya.


Iklan ni di bawa oleh Proton



p/s: no need be racist arrrrr


Read More...

MINYAK

Published in: Labels:

oh minyak-minyak....
perh ari tu sibuk-sibuk pasal minyak masak kat Malaysia ni takda.
korang tak pelik ke minyak masak boleh takda, sedangkan negara kita ni pengexport
minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. kat Malaysia ja dah ada ber puluh-puluh ekar tanah tanam kelapa sawit. belum lagi kat luar negara. Malaysia mempunyai kebun kelapa sawit di luar negara. huh! cuba lah korang bayang kan...



Dan sebenarnya entri aku ni pasal minyak, takda kena mengena pun dengan minyak masak.
hehheh :P

tapi still pasal minyak lah nak citer ni, pasal minyak petrol. petang tadi pergi lah aku pergi ar round-round dekat bandar baru bangi ni, tengok minyak pun dah nak abis, so singgah lah stesen minyak shell, saja dok gatal isi minyak ron97 yang kaler hijau ( tapi skang tukar dah V-power kaler merah), pastu cakap lah kat bangla yang kerja stesen minyak tu nak isi penuh.
isi punya isi dah penuh, tengok kat meter tu skali RM11.00
dah macam pakai RXZ ngan kereta kancil lah. Pada hal baru pakai nouvo s (sejenis tenggiling scooter)



Mak ai, dulu balik tanjung malim 6 inggit ja..ni dah kena sebelas inggit, huhuhu..
macam tu sekali lah kan, buat lak skang ni sibuk pasal krisis kat mesir tu..uh lagi lah naik..
sebabnya walau pun ada lagi negara len ada minyak tapi kalau dah satu negara minyak dah kena sekat..jadi lah dia sikit, permintaan pulak banyak..harga naik mesti melambungnya.

so fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah, macam mana kita nak selamat?

Read More...

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca semua,
so nak citer lah sikit pasal ari tu pergi balik kampung semperna cuti raya cina.

On the first trips, aku ngan family telah pun pergi naik Bukit larut atau dikenali juga dengan Maxwell hill adalah kawasan rehat pergunungan yang tertua, terkecil dan tidak terusik di Semenanjung Malaysia.

sejarah dia sikit, diterokai pada 1884 oleh William Edward Maxwell, Pembantu Residen British di Perak.

Terletak pada ketinggian 1250 meter di atas paras laut, adalah tempat menerima hujan tahunan paling tinggi di Malaysia iaitu lebih 500 cm. Suhu di kawasan ini juga antara 15 darjah Centigrade di awal pagi dan lewat petang, sehingga 10 darjah Centigrade pada malam hari.


Kini, kawasan bangunan ini menjadi tempat persinggahan di pertengahan jalan sebelum tiba di puncak bukit. Pengunjung juga dapat melihat kawasan indah sejauh mata memandang di sini seperti Taman Tasik Perdana Taiping, kawasan hijau di Aulong dan Simpang serta jalan lurus sepanjang 19 km dari Taiping ke Kuala Sepetang.

Pada hari yang cerah, anda akan dapat melihat pesisiran pantai Semenanjung dan juga Selat Melaka dan kadang-kala laluan ke Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor di selatan.

Pemandangannya sangat indah pada siang hari, dan kelihatan tenang pada malam hari. Bagaimanapun, pemandangan ini sering dilitupi awan pada petang, terutamanya antara bulan September hingga Disember.


tu sedikit tentang Bukit larut, kemudiannya kami ker Muzium Perak di taiping.

Muzium Perak, merupakan muzium tertua di semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Muzium Perak terletak berhampiran dengan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.



Hari seterusnya kami menyambung perjalan ke Merana Condong di Teluk Intan,
nama asal Teluk Intan adalah Teluk Anson.

sejarah dia macam ni orang tua-tua kata ;
"Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan."


Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.


Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Kebesokannya kita orang sambung lagi berjalan ke
Huran Paya Laut Matang, kalau korang jalan datang sini on the ke sini
ada gerai yang terkenal dengan hidangan Mee banjir udang.
kat tepi-tepi jalan tu ja. sedap OoooO.


Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.


Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

On the way balik pulak kami singgah ke Kota Ngah Ibrahim di Matang juga
menghala ke taiping.
Kota Ngah Ibrahim atau kini dijadikan Muzium Matang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Matang, adalah bangunan rumah Melayu lama yang masih teguh berdiri. Ia menyimpan 1001 peristiwa.


Selepas mewarisi kuasa pemerintahan daerah Larut daripada ayahnya Long Jaafar, Ngah Ibrahim telah membina kota ini. Ia diperbuat berdasarkan ciri-ciri moden ketika itu, dengan menggunakan kayu jati, cengal dan meranti. Kedudukannya berhampiran Sungai Matang, yang merupakan laluan keluar masuk kapal perdagangan ke Selat Melaka

Selepas peristiwa pembunuhan JWW Birch, beberapa orang pembesar dan pejuang Melayu Perak termasuk Ngah Ibrahim, Dato' Sagor, Dato' Maharajalela dan Sultan Abdullah sendiri telah ditangkap dan dipenjarakan di kota ini. Bangunan ini juga menjadi tempat perbicaraan kepada mereka. pada 14 Disember hingga 22 Disember 1876. Ia juga menjadi saksi kepada keputusan British menghukum Sultan Abdullah ke Kepulauan Seycelles. Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor akhirnya dihukum gantung


Semasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu, bangunan ini menjadi pusat pentadbiran tentera Jepun bagi Kompeni Taiping.
Selepas negara merdeka, kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Antikuiti dan Muzium telah memulihara bangunan ini dan dijadikan sebahagian daripada warisan sejarah negeri Perak

And then hari seterusnya ada kenduri kawin dekat kuala kangsar,
ambik kesempatan itu kita orang pergi ke galeri Sultan Azlan Shah yang terletak berhampiran dengan istana Perak.



Galeri Sultan Azlan Shah sebuah Galeri yang indah dan menarik senibinanya. Galeri ini berasal dari sebuah istana yang dikenali sebagai Istana Ulu. Galeri ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 9 Disember 2003 sempena ulang tahun Perkahwinan Baginda yang ke-48.


Hah! tu saja lah yang sempat nak pergi pun, nanti
kang klu pergi semua takda tempat lak nak melawat balik kampung nanti.

so If korang datang perak jangan lah lupa singgah mana-mana tempat yang menarik ni.

p/s : menlancong dalam Malaysia sudah~ banyak tempat-tempat yang menarik, bajet pun tak banyak.

Read More...

jam dah kol satu, lima puluh empat ni! mak ai ngantuk nya aku..
(eh tak da kena mengena ngan entri aku ni hahha)


ok bertempat di presint 2, putrajaya bertarikh 29.01.11
berlangsungnya pertandingan KBS autoshow 2010
start dari pukul 5pm sampai lah kol 11pm.


aku datang pun bukan lah kol 5.
aku sampai-sampai ja kol 10.30pm so tak banyak gambar aku ambik.
yang ni jer termampu..sorry erk :)


walau macam mana pun, benda ni dapat sambutan lah jugak,
sepatutnya kita kena sokong benda ni lagi-lagi anak muda,
pertandingan ni di anjur kan oleh KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN.


aku harap lah sangat tahun depan ada lagi benda-benda ni, seperti minggu lepas ada pertandingan drift, jugak dianjurkan oleh KBS... dan aku harap banyak lagi lah kementerian atau pun mana-mana pihak dapat anjurkan apa jenis sukan permotoran dekat MALAYSIA.
Baru lah industri sukan permotoran negara maju.





Sekian dari itu, nak tulis panjang-panjang pun bukan korang nak baca sangat pun..
hahhaha...so ni penutup blog aku bagi sesi januari 2011..



nak cuti raya cina~
baju nak kemas balik kampung lah aper lagi :)

Read More...


Salam Satu Malaysia.
minggu depan dah start cuti an, Cuti raya cina.
oleh itu nak ambik kesempatan ar nak ucapkan

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

kat saper-sape yang sambut lah, saper yang tak sambut lak

Selamat Bercuti

semua dapat cuti kan? huhuhu :)

jom tgk iklan yang klakar ni dulu pernah
disiar kan di TV3




p/s : no need to be racist lah :)

Read More...


Aduh! Sampai bila pun tak tau! tu lah tajuk dia, ni pasal aku cerita realitinya...
korang pernah nek genting highland tak? huh tak kira lah nek motor ker, keta ke bas ker...
mesti pernah nya kan... dan sebabnyer aku tanya korang, aku tak pernah pun sampai genting highland tu..mesti korang gelak kat aku kan...tui! lah..hehheh
itu sebab nya, bila aku cerita ja benda ni semua orang gelak tak percaya cakap aku diorang cakap balik kat aku

"tipu lah mal, ko duk kl dari kecik sampai lah umur ko 21..tak kan ko tak pernah nek genting tu"

tu lah diorg cakap kat aku, kadang-kadang aku pun tergelak gak fikir benda ni tempat yang dekat ngan aku pun aku tak pernah pergi..
hahhahah...

tu lah bersangkut paut dengan aku punya tajuk citer ni...
korang nanti naik genting highland jangan lupa tau ajak aku ni. :)

Read More...