
Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Putrajaya akan mengadakan KBS Drift Battle 2011 dan KBS Autoshow 2011 (Pusingan 1), bermula 22 hingga 23 Januari 2011, jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Program ini akan diadakan di Kawasan Parking Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya.

Objektif program ini adalah seiring Konsep 1 Belia 1 Malaysia, untuk menyalurkan informasi terkini kepada golongan belia. Melalui program ini, dapat memupuk jalinan mesra dan perpaduan antara kaum selaras dengan konsep 1 Malaysia dalam usaha membina modal insan belia kelas pertama. Selain itu adalah, untuk mempromosi Putrajaya sebagai Bandar Mesra Belia.

Program KBS Drift Battle 2011 ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan warga asing. Program sukan bermotor ini terdiri daripada enam pusingan. Mata ataupun markah setiap pusingan yang diperolehi akan dikumpulkan sehingga ke pusingan akhir bagi menentukan juara keseluruhan.


Penglibatan semua pihak di dalam menjayakan program ini akan dapat menjadi bukti kepada sokongan dan komitmen kerajaan dan rakyat Malaysia dalam membangunkan industri sukan bermotor negara. Melalui program ini juga, bakat-bakat baru dalam sukan bermotor dapat dikenal pasti yang mana ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam melahirkan lebih ramai pelumba kereta yang dapat membawa dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.



Sambutan oleh masyarakat ketika itu amat menggalakkan kerana kita sedia maklum bahawa aktiviti seperti ini sememangnya menarik minat dan tumpuan golongan belia.
selaras dengan Konsep 1 Belia 1 Malaysia, ianya berfungsi untuk menyalurkan informasi terkini dari kerajaan berkaitan dunia belia masa kini.
Melalui program ini, ia dapat memupuk perpaduan di antara kaum selaras dengan konsep 1 Malaysia dalam usaha membina modal insan belia kelas pertama seiring ke arah pembangunan negara masa kini.
selaras dengan Konsep 1 Belia 1 Malaysia, ianya berfungsi untuk menyalurkan informasi terkini dari kerajaan berkaitan dunia belia masa kini.
Melalui program ini, ia dapat memupuk perpaduan di antara kaum selaras dengan konsep 1 Malaysia dalam usaha membina modal insan belia kelas pertama seiring ke arah pembangunan negara masa kini.

Melalui program ini juga, bakat-bakat baru dalam sukan bermotor dapat dikenal pasti yang mana ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam melahirkan lebih ramai pelumba kereta yang dapat membawa dan mengharumkan nama Malaysia di seantero dunia.

p/s : program KBS Autoshow 2011 akan diadakan pada 29 Januari 2011 bermula dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam bertempat di Kawasan Tapak Pasar Malam Presint 2, Putrajaya.
0 comments:
Post a Comment
klu nak comment biar ikhlas dari hati,
setiap kata-kata tu doa :)