Asalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca semua,
so nak citer lah sikit pasal ari tu pergi balik kampung semperna cuti raya cina.
On the first trips, aku ngan family telah pun pergi naik Bukit larut atau dikenali juga dengan Maxwell hill adalah kawasan rehat pergunungan yang tertua, terkecil dan tidak terusik di Semenanjung Malaysia.
sejarah dia sikit, diterokai pada 1884 oleh William Edward Maxwell, Pembantu Residen British di Perak.
Terletak pada ketinggian 1250 meter di atas paras laut, adalah tempat menerima hujan tahunan paling tinggi di Malaysia iaitu lebih 500 cm. Suhu di kawasan ini juga antara 15 darjah Centigrade di awal pagi dan lewat petang, sehingga 10 darjah Centigrade pada malam hari.
so nak citer lah sikit pasal ari tu pergi balik kampung semperna cuti raya cina.
On the first trips, aku ngan family telah pun pergi naik Bukit larut atau dikenali juga dengan Maxwell hill adalah kawasan rehat pergunungan yang tertua, terkecil dan tidak terusik di Semenanjung Malaysia.
sejarah dia sikit, diterokai pada 1884 oleh William Edward Maxwell, Pembantu Residen British di Perak.
Terletak pada ketinggian 1250 meter di atas paras laut, adalah tempat menerima hujan tahunan paling tinggi di Malaysia iaitu lebih 500 cm. Suhu di kawasan ini juga antara 15 darjah Centigrade di awal pagi dan lewat petang, sehingga 10 darjah Centigrade pada malam hari.

Kini, kawasan bangunan ini menjadi tempat persinggahan di pertengahan jalan sebelum tiba di puncak bukit. Pengunjung juga dapat melihat kawasan indah sejauh mata memandang di sini seperti Taman Tasik Perdana Taiping, kawasan hijau di Aulong dan Simpang serta jalan lurus sepanjang 19 km dari Taiping ke Kuala Sepetang.
Pada hari yang cerah, anda akan dapat melihat pesisiran pantai Semenanjung dan juga Selat Melaka dan kadang-kala laluan ke Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor di selatan.
Pemandangannya sangat indah pada siang hari, dan kelihatan tenang pada malam hari. Bagaimanapun, pemandangan ini sering dilitupi awan pada petang, terutamanya antara bulan September hingga Disember.

tu sedikit tentang Bukit larut, kemudiannya kami ker Muzium Perak di taiping.
Muzium Perak, merupakan muzium tertua di semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.
Muzium Perak terletak berhampiran dengan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.

Hari seterusnya kami menyambung perjalan ke Merana Condong di Teluk Intan,
nama asal Teluk Intan adalah Teluk Anson.
sejarah dia macam ni orang tua-tua kata ;
"Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan."

Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.
Kebesokannya kita orang sambung lagi berjalan ke
Huran Paya Laut Matang, kalau korang jalan datang sini on the ke sini
ada gerai yang terkenal dengan hidangan Mee banjir udang.
kat tepi-tepi jalan tu ja. sedap OoooO.

Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.

Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.
On the way balik pulak kami singgah ke Kota Ngah Ibrahim di Matang juga
menghala ke taiping.
Kota Ngah Ibrahim atau kini dijadikan Muzium Matang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Matang, adalah bangunan rumah Melayu lama yang masih teguh berdiri. Ia menyimpan 1001 peristiwa.

Selepas mewarisi kuasa pemerintahan daerah Larut daripada ayahnya Long Jaafar, Ngah Ibrahim telah membina kota ini. Ia diperbuat berdasarkan ciri-ciri moden ketika itu, dengan menggunakan kayu jati, cengal dan meranti. Kedudukannya berhampiran Sungai Matang, yang merupakan laluan keluar masuk kapal perdagangan ke Selat Melaka
Selepas peristiwa pembunuhan JWW Birch, beberapa orang pembesar dan pejuang Melayu Perak termasuk Ngah Ibrahim, Dato' Sagor, Dato' Maharajalela dan Sultan Abdullah sendiri telah ditangkap dan dipenjarakan di kota ini. Bangunan ini juga menjadi tempat perbicaraan kepada mereka. pada 14 Disember hingga 22 Disember 1876. Ia juga menjadi saksi kepada keputusan British menghukum Sultan Abdullah ke Kepulauan Seycelles. Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor akhirnya dihukum gantung

Semasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu, bangunan ini menjadi pusat pentadbiran tentera Jepun bagi Kompeni Taiping.
Selepas negara merdeka, kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Antikuiti dan Muzium telah memulihara bangunan ini dan dijadikan sebahagian daripada warisan sejarah negeri Perak
And then hari seterusnya ada kenduri kawin dekat kuala kangsar,
ambik kesempatan itu kita orang pergi ke galeri Sultan Azlan Shah yang terletak berhampiran dengan istana Perak.

Galeri Sultan Azlan Shah sebuah Galeri yang indah dan menarik senibinanya. Galeri ini berasal dari sebuah istana yang dikenali sebagai Istana Ulu. Galeri ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 9 Disember 2003 sempena ulang tahun Perkahwinan Baginda yang ke-48.
0 comments:
Post a Comment
klu nak comment biar ikhlas dari hati,
setiap kata-kata tu doa :)