Hah! seperti korang tahu negara kita ni juga mempunyai laman sosial buatan tempatan.
tak kurang hebatnya dengan laman-laman sosial yang lain, seperti korang layari tu, facebook , myspace , friendster , hi5 dan lain-lain.

antara LAMAN SOSIAL HASIL TEMPATAN

www.myfriends2u.com



Kehebatan laman sosial facebook telah menyebabkan laman sosial itu menjadi ikutan diserata dunia. Namun, untuk bersaing dengan laman sosial tersebut adalah amat sukar dan mungkin tidak boleh langsung. Tetapi jangan fikirkan bahawa facebook ini tidak boleh ditandingi oleh laman sosial lain. Banyak pesaing-pesaing laman sosial telah muncul untuk menandingi kehebatan laman sosial facebook tersebut. Ini dibuktikan dengan laman sosial buatan Malaysia yang diberi nama myfriend2u.com. Laman ini adalah hasil buah tangan anak-anak Malaysia dan yang pastinya ia lebih menarik dan lebih berinfomasi kepada penggunanya. Selain boleh berfungsi seperti facebook (muka dan rupa pun seakan-akan facebook) yang mempunyai game dan kemaskini status serta gambar, ia juga mengandungi info mengenai tempat-tempat pelancongan yang terdapat di negara kita Malaysia. Mungkin itu salah satu kelebihan buat masa ini untuk laman sosial myfriend2u.com ini. Apa-apa pun cuba dan rasai kelebihan dan kekurangan dalam laman sosial buatan Malaysia ini.

1malaysia.com



Laman 1Malaysia.com sebelum ini merupakan salah satu blog, yang membincangkan pasal Malaysia, namun begitu, pemiliknya telah mengubah konsep dan segalanya pada laman tersebut kepada konsep laman sosial. Dalam tempoh kurang sehari dilancarkan, lebih daripada 113 orang pengguna telah berdaftar, dan angka tersebut meningkat dengan amat pantas sekali.1Malaysia.com turut sama membawakan pelbagai fungsi sosial, daripada fungsi blog, forum, acara, video dan banyak lagi diintegrasikan bersama padanya. Penggunaan nama domain 1Malaysia.com juga dijangka akan berjaya menarik minat ramai pengguna, selain memudahkan mereka mengingatinya memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Mohd Najib menggunakan domain seumpamanya, iaitu 1Malaysia.com.my.

www.yemmz.com



Telekom Malaysia (TM) turut sama sedang membangunkan laman sosial mereka yang tersendiri dan unik yang mana dikenali sebagai YEMMZ! Walaubagaimanapun, YEMMZ! membawakan kelainan dengan turut mengintegrasikan ruangan untuk produk.

YEMMZ! masih lagi belum dipromosikan oleh pihak TM secara meluas, malah bilangan ahlinya kini masih lagi dibawah seribu orang pengguna. Namun menariknya, ianya membawakan konsep jual beli pada laman sosial, dimana para pengguna boleh menguruskan urusan jual beli produk dengan mudah serta menggunakan rangkaian sosial untuk tujuan pemasaran.
Melalui YEMMZ!, ianya dijangka akan membawakan beberapa fungsi-fungsi menarik, termasuk ruangan untuk peminat, ruangan untuk katalog produk, blog, forum, senarai acara, dan banyak lagi. YEMMZ! juga menjadi antara laman yang mengintegrasikan fungsi jual beli dan rangkaian sosial bersama, selain memudahkan anda menjumpai rakan-rakan dengan minat yang serupa dengan mudah. YEMMZ! juga dijangka akan menggalakkan lagi potensi keusahawanan pada diri seseorang itu.


hobilah.com


Hobilah diciptakan sebagai jalan lain untuk orang-orang dari berbagai bangsa dan agama di seluruh dunia untuk berbual dan membahas tentang hobi mereka sementara membuat teman baru. Dan untuk membuatnya lebih menarik, kita juga boleh berkongsi foto-foto mereka dengan orang lain dan bermain dengan game yang kita telah dibekalkan. Bergabung dengan kami kerana kami boleh berkongsi hobi yang sama dan siapa tahu, mungkin kita boleh menjadi yang terbaik teman.

owh k, setakat itu ja yang boleh nak bagi tau. sebenarnya ada berpuluh-puluh ratus ribu juta lagi laman sosial ni sebenarnya.tapi ini aku citer pasal tempat punya, banga lah sikit hasil tangan anak tempat kita diri sama tinggi duduk sama rendah dengan buatan antara bangsa. Nak ada semua pun boleh Tapi kita ja harus bijak supaya butiran peribadi kita dan perkara-perkara yang sulit tidak didedahkan kepada umum.




  • 0 comments:

    • Post a Comment

      klu nak comment biar ikhlas dari hati,
      setiap kata-kata tu doa :)